Innovation

Sekiranya anda merupakan seorang guru yang baru berjinak dengan program inovasi dan diberi masa 1 jam untuk jalankan aktiviti bagi mencetuskan semangat inovasi dikalangan pelajar, Roller Coaster Challenge adalah aktiviti yang paling tepat. Dalam aktiviti ini, kumpulan pelajar diminta untuk menghasilkan 1 roller coaster rail mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan bahan tersedia dalam tempoh 45 minit. Cabaran yang perlu dilalui oleh pelajar adalah, 1 biji guli akan digolekkan dari titik mula dan biarkan ia menyelusuri roller coaster rail tersebut hingga titik penamat. Guli yang mengambil masa paling lama dikira pemenang.
Ini adalah penerangan berkaitan aktiviti Roller Coaster Challenge ini :
PERATURAN PERMAINAN
- Setiap pelajar akan dipecahkan kepada kumpulan seramai 7-10 orang sekumpulan.
- Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan barang/peralatan yang diperlukan dan tidak dibenarkan menggunakan peralatan lain selain dari yang disediakan.
- Setiap kumpulan digalakkan memaksimumkan penggunaan barang/peralatan yang disediakan.
- Masa yang ditetapkan adalah 45 minit sahaja dan pelajar diminta meninggalkan binaan sebaik loceng berbunyi.
Klik pautan dibawah untuk melihat CARA BERMAIN
- Details
- Category: Innovation
- Hits: 1140
Read more: "Roller Coaster Challenge". Aktiviti Permulaan Untuk Cetuskan Semangat Inovasi Pelajar