Batas Pergaulan
- Muhamad Syukri Sulaiman |

Apapbila Allah meletakan larangan untuk hambanya, pasti ada kebaikan yang tersembunyi dalam larangan tersebut. Bagaimana untuk mengetahui kebaikan larangan itu, sudah pasti melalui kajian. Mengapa Islam meletakan batasan antara manusia dengan manusia sedangkan Islam menyuruh umatnya untuk mengenali antara satu sama lain. Sudah pasti jawapanya ialah dalam proses mengenali antara satu sama lain kita hendaklah menjaga had pergaulan kita supaya tidak terlibat dengan perkara yang tidak diinginkan. Setiap peraturan yang diletakan pastilah untuk kebaikan bagi pengikutnya.

Course Information
Objektif perbincangan
Pergaulan bebas adalah antara punca utama mengapa lambakan masalah sosial menjadi semakin tidak terkawal. Hampir setiap hari kita akan dihidangkan dengan pelbagai masalah sosial yang dilakukan manusia samada remaja mahupun dewasa. Perbincangan ini akan membawa kita kepada :
1. Mengetahui larangan khusus Allah kepada semua lelaki dan wanita.
2. Dapat menyatakan batasan aurat lelaki dan wanita.
Batas pergaulan dalam Islam.
Surah an-nur : 30-31, jelas memberitahu bahawa sebagai seorang yang beriman kita hendaklah mentaati perintah Allah dalam apa jua keadaan. Misalanya menjaga pandangan. Allah memerintahkan kepada semua lelaki dan perempuan beriman untuk menjaga pandangan mereka dalam apa jua keadaan. Maksud menjaga pandangan ialah tidak melihat kepada sesuatu yang haram seperti video lucah, aurat manusia dengan sengaja dan sebagainya. Menjaga pandangan juga bermaksdu tidak memandang seseorang dengan perasaan yang penuh dengan rasa benci, marah dan dendam. Perbuatan ini boleh memutuskan hubungan silaturahim.
Selain menjaga pandangan, Allah juga memerintahkan kepada lelaki dan perempuan beriman untuk memelihara kemaluan diri. Apakah maksud memelihara kemaluan diri? Maksudnya ialah menjaga maruah diri. Maruah adalah satu yang sangat dititik beratkan Islam. Ia merupakan satu yang sangat bernilai. Menjaga maruah diri adalah seperti tidak membiarkan diri kita terjerumus dalam kehinaan seperti menghisap dadah, rokok, bergaul bebas dan sebagainya. Menjaga maruah diri secara tidak langsung telah menjaga maruah keluarga dan agama.
Video yang disediakan adalah perbincangan surah al an-am :125. Selamat menonton.
Aurat bersama mereka.
Senaraikan bahagian aurat berikut :
Individu 1 | Individu 2 | Batas aurat |
Lelaki | Kakak ipar | |
Perempuan | Abang ipar | |
Lelaki | Ibu / bapa mertua | |
Perempuan | Ibu / bapa mertua | |
Perempuan | Perempuan bukan muslim |
Coaches
Muhamad Syukri Sulaiman